Monday, October 29, 2012

Cerita Bangsa Kita

Salam,

Lebih kurang dua bulan aku tidak menjengah dan memberi maklumat mahupun pendapat aku berkenaan sesuatu. Sambungan artikel syiah 1 akan disiarkan tidak lama lagi.

Dua bulan ini bukan sengaja aku tidak menyiarkan sebarang maklumat, tetapi melihat dan menganalisis blog yang lain menyebabkan aku terkesima dan terpana. Bukan melihat kepada blog maklumat, tetapi peranan orang Melayu yang dahulu kala yang melakukan penciptaan atau inovasi serta kecelikan ilmuan itu menyebabkan aku tertanya-tanya tentang kewujudan bangsa aku sendiri.

Melihat perihal yang lebih meluas, kebanyakan kita yakni orang Melayu mengharapkan kepada teknologi yang lebih maju. Contohnya seperti aplikasi komputer dan juga telefon bimbit. Kita mengharapkan teknologi luar negara sedangkan kita pernah menempuh zaman kegemilangan kita sendiri. Mungkin pada hakikat kita hanya meminjam ilmu orang lain, tetapi zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu menunjukkan kita mempunyai kelebihan sehingga menjadi pusat perdagangan terpenting di dunai. Tidak lupa juga bahasa Melayu adalah lingua franca pada ketika itu.

Mitos atau fakta mengenai Hang Tuah seringkali menjadi perdebatan antara banyak pihak sehinggakan ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah itu hanyala mitos khayalan sahaja. Apakah kita tidak peka tentang Hang Tuah? Biar pun dikatakan mitos ataupun fakta, tetapi semangat yang dijulang oleh Hang Tuah ini seharusnya diterapkan, lebih-lebih lagi kepada anak muda sekarang. Hang Tuah adalah pelopor kepada keberanian, semangat, jati diri serta prinsip orang Melayu sendiri. Orang melayu mempuyai semangat yang luhur, yang suci serta mempunyai ddedikasi terhadap sesuatu. Ingatkah lagi cerita Hang Tuah mengalahkan pahlawan yang bernama Taming Sari. Biar pun Taming Sari itu mempunyai kekebalan yang tinggi, tetapi Hang Tuah sebagai orang Melayu yang mempunyai jiwa yang kental tidak mungkin mengalah dan beralah. Biar nyawa sehingga ke kerongkong pun masih lagi jiwa kental dan berani.
beginilah caranya orang Melayu mengeksploitasi kekuatan bangsa lain. Biar orang nak kata apa, tetapi bangsa sendiri tidak mungkin akn dipijak kerana bangsa Melayu adalah BANGSA CENDIKIAWAN, BANGSA PAHLAWAN DAN SATU-SATUNYA BANGSA YANG ADA DI MALAYSIA.

Melihat kepada sudut, intelektual mahupun cendikiawan terbilang. Mari kita melihat buku-buku yang tidak pernah dipegang oleh anak muda sekarang. Hidayatus Salikin dan Sulalatus Salatin antara buku ataupun kitab lama yang dikarang. Hidayatus Salikin adalah berkaitan agama Islam, penyucian diri serta cara mendekatkan diri kepada Allah. Ramai yang tidak memahami buku ini kerana kita lebih tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja. Sulalatus Salatin pula mengenai kehidupan era zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimana anak muda keluaran generasi sekarang tidak lupa diri? Kerana buku sebegini tidak diterapkan di dalam diri mereka. Islam tiada dalam jiwa, melihat pada masa akan datang sahaja, dan tidak mengambil iktibar akan apa generasi yang lepas telah lakukan. Mengorak langkah ke hadapan memerlukan kita berpaling sebentar ke belakang untuk menentukan jati diri kita supaya yidak melihat ke langit sahaja. Biar melihat ke langit pada waktunya, tetapi biarlah seperti resmi padi sentiasa.


Kapal? Itulah yang aku tengah lakukan penyelidikan sekarang. Kita tidak tahu pada zaman kegemilangan dahulu, kita pernah mencipta ilmu perdagangan dan perkapalan. Tidak semua tahu bahawa bangsa Cina pernah memuji kita pada waktu dahulu disebabkan kebijaksanaan kita dalm mempelbagaikan bentuk kapal serta ilmu perkapalan menjadi rujukan bagi sesetengah pihak. Begini caranya orang Melayu maju. Belajar sedikit, namun dengan ilmu itu diperkembangkan dan mencipta ilmu yang baru yang menjadi paksi serta tunjang kepada ilmu-ilmu yang lain.

Hang Tuah pernah berkata, TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh ayat-ayat begini? Orang Melayu seharusnya lebih memahami dan peka akan ayat-ayat begini. Kelangsungan orang Melayu adalah perpaduan antara orang Melayu sendiri.
Bangsa Melayu hidup bersama orang Melayu.








Monday, August 6, 2012

Syiah 1

Salam,

kali ini aku nak ceritakan tentang bahayanya syiah. mungkin ramai dari korang yang bersifat sederhana mengatakan bahawa tidak kiralah mereka sunnah mahupun syiah maka mereka masih tetap islam.

Rasulullah pernah menyatakan bahawa: Pada akhir zaman akan ada 73 puak(aliran) dari kalangan umatku, yang benar adalah 1 sahaja. Sahabat bertanya apakah ia; Rasulullah menjawab: Mereka adalah ahli sunnah.

Kebanyakan mereka mengatakan bahawa ahli sunnah itu ialah mereka yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah. Sebahagian mengatakan mereka adalah orang2 yang berkasih sayang yakni sesama saudara sendiri kerana Allah. Namun apa yang aku paham ialah ahli sunnah ini ialah mereka yang mengamalkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah dan sentiasa bersederhana didalam hablumminallah dan hablumminannas.

Mengapakah aku mengatakan Syiah ini berbahaya? Ini kerana mereka adalah golongan yang telah melakukan atau meletakkan sahabat Rasulullah sebagai orang Kafir seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Malah mengatakan bahawa Ummul Mukminin Aisyah Humaira ditempatkan didalam neraka kerana peperangan yang berlaku iaitu perang siffin dan perang jamal.

Selain itu, Syiah juga telah membuat satu pengakuan bahawa Saidina Ali telah diresapi zat Allah. Apakah satu pengakuan yang jahil mengenainya. Mereka mengatakan bahawa Saidina Ali telah diangkat menjadi Rasul setelah Rasulullah kerana diresapi Zat Allah. INGATKAH kita kepada satu sabda Rasulullah apabila ditanyakan oleh sahabat: Wahai Rasulullah, mengapakah kau melakukan semua ini, sedangkan kau dijamin ke syurga. Ketika ini Rasulullah tengah melakukan Qiamullail dan lutut Rasulullah bengkak serta kaki Rasulullah. Rasulullah menjawab: Tidak bolehkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?
Sedangkan Rasulullah menyatakan bahawa Rasulullah itu adalah hamba, bagaimana mungkin fahaman Syiah mengatakan bahawa Zat Allah meresapi Saidina Ali?

Aku tanak bercerita mengenai Imam 12 yang mereka agungkan kerana itu adalah kepercayaan mereka. Aku nak bagitau yang Syiah ni berbahaya kerana mereka memuji pembunuh Saidina Umar. Siapa? Abu Lulu' Almajusi. Mereka tidak mengiktiraf Saidina Abu Bakar hanya kerana "Saidina Ali adalah wasiku". Ingatkah kita kepada sabda Rasulullah mengenai Saidina Abu Bakar.
Rasulullah bersabda: Sesungguhnya, orang paling berjasa kepadaku dalam persahabatan dan hartanya ialah Abu Bakar. Seandainya aku boleh mengangkat seorang kekasih selain Tuhan-ku, nescaya aku mengangkat Abu Bakar(sebagai kekasihku), akan tetapi yang ada hanyalah persaudaraan Islam dan kasih sayangnya.
Nampak tak gambaran yang diberikan oleh Rasulullah mengenai Saidina Abu Bakar.

Aku berharap mereka yang berfahaman SYIAH(yang ekstrem), kajilah semula kitab2 Sunan Sittah.

Aku akan cerita mengenai Syiah lagi pada post yang akan datang.

Thursday, July 26, 2012

Sunan

Salam,

jika sebelum ni aku tulis benda merepek tapi skang ni aku tak cite dah. dulu saje2 tulis, tapi skang tulis untuk benda yang aku betul2 nak tulis je.

kali ni tentang ape yang dikatekan sebagai SUNAN.

ade orang kate sunan tu adalah orang2 yang baik ataupun di negara Indoonesia mereka menggelarkan mereka2 sunan sebagai seorang yang wali Allah ataupun seorang yang ulama. kadang2 disana disebut sebagai sunan kerana mereka keturunan kiyai ataupun seorang yang mempunyai kekeramatan. Contohnya, mulut masin ataupun doa dibacakannya mustajab atau berkat.

Sebenarnya, sunan yang perlu kita fahami ialah seperti Presiden Mesir yang baru tu. Mohammad Morsi(tak igt sgt namenye). Ataupun Presiden Palestin, Hamas.

Nape aku ckp diorang tu yang dianggap sunan, bukan kerana mereka ini punyai kekeramatan.
Tetapi mereka adalah Pemimpin Negara yang menghafal 30 Juzuk Al-quran. Nilah die maksed sunan.

Sunan tu maksudnye, mereka yang mengikuti cara peradaban Rasulullah. Cara bertutur, kesederhanaan dan yang plg penting, dowang memahami apa yang dilakukan 'jika Rasulullah berada bersama mereka'. Sunan bukan semata2 gelaran tapi hafalan hadis serta periwayatannya. Hafalan al-Quran bersama maksudnya. Penjelasan hukum pun dowang taw.

aku bukan nak bangge2kan org luar. jus na bagitaw jew

nilah pendapat aku tentang sunan. so, bleh ke korang jd seorang sunan?????