Friday, May 28, 2010

CINTA SUFI!!!

Mengulas semula novel RAM(ramlee awang mursyid)

Berkisar satu hijab tentang masa sejarah Tanah Melayu yang menyentuh perasaan. Catalina mencari Maryam di Hulu Melaka setelah kematian suaminya yang telah terkorban ketika Portugal cuba menjajah negara-negara lain. Tahun1511 telah menjadi garapan didalam novel yang penuh aksi ini telah merungkaikan bangsa POLIP yang telah lama tidak diterangkan kepada pembaca. Bangsa POLIP ini telah menolong LAKSAMANA SUNAN dalam peperangan menentang Portugal. Hang Tuah dan Hang Lekiu telah menolong LAKSAMAN SUNAN dalam peperangan ini.

Imbas Kembali HIJAB SANG PENCINTA:
Laksamana Sunan telah ditembak oleh salah seorang pengikut sesat ketika upacara akad nikah dia dan Haryani. Tercampak semula ke tahun1511 setelah melalui proses Ashabul Kahfi. Ternampak kapal besar Portugal dan terjatuh tidak sedarkan diri.

CIITA SUFi:
Laksamana Sunan telah kehilangan banyak tenaga dan terlucut kudrat kerana apa yang telah terjadi padanya di dalam gua. Namun pada masa yang sama, Catalina telah mengambilnya sebagai hamba. Pada pertengahan jalan, mereka telah dihalang oleh bangsa Polip. Kerana terlalu menyayangi Sunan, bangsa Polip telah menjaganya sehingga Luna telah menerangkan perasaan cintanya. Catalina ke Hulu Melaka. Pada masa sama, Sunan kembali menolong Catalina.

Bacalah novel tu nanti!!!