Monday, October 29, 2012

Cerita Bangsa Kita

Salam,

Lebih kurang dua bulan aku tidak menjengah dan memberi maklumat mahupun pendapat aku berkenaan sesuatu. Sambungan artikel syiah 1 akan disiarkan tidak lama lagi.

Dua bulan ini bukan sengaja aku tidak menyiarkan sebarang maklumat, tetapi melihat dan menganalisis blog yang lain menyebabkan aku terkesima dan terpana. Bukan melihat kepada blog maklumat, tetapi peranan orang Melayu yang dahulu kala yang melakukan penciptaan atau inovasi serta kecelikan ilmuan itu menyebabkan aku tertanya-tanya tentang kewujudan bangsa aku sendiri.

Melihat perihal yang lebih meluas, kebanyakan kita yakni orang Melayu mengharapkan kepada teknologi yang lebih maju. Contohnya seperti aplikasi komputer dan juga telefon bimbit. Kita mengharapkan teknologi luar negara sedangkan kita pernah menempuh zaman kegemilangan kita sendiri. Mungkin pada hakikat kita hanya meminjam ilmu orang lain, tetapi zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu menunjukkan kita mempunyai kelebihan sehingga menjadi pusat perdagangan terpenting di dunai. Tidak lupa juga bahasa Melayu adalah lingua franca pada ketika itu.

Mitos atau fakta mengenai Hang Tuah seringkali menjadi perdebatan antara banyak pihak sehinggakan ada yang mengatakan bahawa Hang Tuah itu hanyala mitos khayalan sahaja. Apakah kita tidak peka tentang Hang Tuah? Biar pun dikatakan mitos ataupun fakta, tetapi semangat yang dijulang oleh Hang Tuah ini seharusnya diterapkan, lebih-lebih lagi kepada anak muda sekarang. Hang Tuah adalah pelopor kepada keberanian, semangat, jati diri serta prinsip orang Melayu sendiri. Orang melayu mempuyai semangat yang luhur, yang suci serta mempunyai ddedikasi terhadap sesuatu. Ingatkah lagi cerita Hang Tuah mengalahkan pahlawan yang bernama Taming Sari. Biar pun Taming Sari itu mempunyai kekebalan yang tinggi, tetapi Hang Tuah sebagai orang Melayu yang mempunyai jiwa yang kental tidak mungkin mengalah dan beralah. Biar nyawa sehingga ke kerongkong pun masih lagi jiwa kental dan berani.
beginilah caranya orang Melayu mengeksploitasi kekuatan bangsa lain. Biar orang nak kata apa, tetapi bangsa sendiri tidak mungkin akn dipijak kerana bangsa Melayu adalah BANGSA CENDIKIAWAN, BANGSA PAHLAWAN DAN SATU-SATUNYA BANGSA YANG ADA DI MALAYSIA.

Melihat kepada sudut, intelektual mahupun cendikiawan terbilang. Mari kita melihat buku-buku yang tidak pernah dipegang oleh anak muda sekarang. Hidayatus Salikin dan Sulalatus Salatin antara buku ataupun kitab lama yang dikarang. Hidayatus Salikin adalah berkaitan agama Islam, penyucian diri serta cara mendekatkan diri kepada Allah. Ramai yang tidak memahami buku ini kerana kita lebih tertumpu kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja. Sulalatus Salatin pula mengenai kehidupan era zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bagaimana anak muda keluaran generasi sekarang tidak lupa diri? Kerana buku sebegini tidak diterapkan di dalam diri mereka. Islam tiada dalam jiwa, melihat pada masa akan datang sahaja, dan tidak mengambil iktibar akan apa generasi yang lepas telah lakukan. Mengorak langkah ke hadapan memerlukan kita berpaling sebentar ke belakang untuk menentukan jati diri kita supaya yidak melihat ke langit sahaja. Biar melihat ke langit pada waktunya, tetapi biarlah seperti resmi padi sentiasa.


Kapal? Itulah yang aku tengah lakukan penyelidikan sekarang. Kita tidak tahu pada zaman kegemilangan dahulu, kita pernah mencipta ilmu perdagangan dan perkapalan. Tidak semua tahu bahawa bangsa Cina pernah memuji kita pada waktu dahulu disebabkan kebijaksanaan kita dalm mempelbagaikan bentuk kapal serta ilmu perkapalan menjadi rujukan bagi sesetengah pihak. Begini caranya orang Melayu maju. Belajar sedikit, namun dengan ilmu itu diperkembangkan dan mencipta ilmu yang baru yang menjadi paksi serta tunjang kepada ilmu-ilmu yang lain.

Hang Tuah pernah berkata, TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA.
Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh ayat-ayat begini? Orang Melayu seharusnya lebih memahami dan peka akan ayat-ayat begini. Kelangsungan orang Melayu adalah perpaduan antara orang Melayu sendiri.
Bangsa Melayu hidup bersama orang Melayu.








No comments:

Post a Comment