Monday, August 6, 2012

Syiah 1

Salam,

kali ini aku nak ceritakan tentang bahayanya syiah. mungkin ramai dari korang yang bersifat sederhana mengatakan bahawa tidak kiralah mereka sunnah mahupun syiah maka mereka masih tetap islam.

Rasulullah pernah menyatakan bahawa: Pada akhir zaman akan ada 73 puak(aliran) dari kalangan umatku, yang benar adalah 1 sahaja. Sahabat bertanya apakah ia; Rasulullah menjawab: Mereka adalah ahli sunnah.

Kebanyakan mereka mengatakan bahawa ahli sunnah itu ialah mereka yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah. Sebahagian mengatakan mereka adalah orang2 yang berkasih sayang yakni sesama saudara sendiri kerana Allah. Namun apa yang aku paham ialah ahli sunnah ini ialah mereka yang mengamalkan al-Quran dan Sunnah Rasulullah dan sentiasa bersederhana didalam hablumminallah dan hablumminannas.

Mengapakah aku mengatakan Syiah ini berbahaya? Ini kerana mereka adalah golongan yang telah melakukan atau meletakkan sahabat Rasulullah sebagai orang Kafir seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Malah mengatakan bahawa Ummul Mukminin Aisyah Humaira ditempatkan didalam neraka kerana peperangan yang berlaku iaitu perang siffin dan perang jamal.

Selain itu, Syiah juga telah membuat satu pengakuan bahawa Saidina Ali telah diresapi zat Allah. Apakah satu pengakuan yang jahil mengenainya. Mereka mengatakan bahawa Saidina Ali telah diangkat menjadi Rasul setelah Rasulullah kerana diresapi Zat Allah. INGATKAH kita kepada satu sabda Rasulullah apabila ditanyakan oleh sahabat: Wahai Rasulullah, mengapakah kau melakukan semua ini, sedangkan kau dijamin ke syurga. Ketika ini Rasulullah tengah melakukan Qiamullail dan lutut Rasulullah bengkak serta kaki Rasulullah. Rasulullah menjawab: Tidak bolehkah aku menjadi hamba Allah yang bersyukur?
Sedangkan Rasulullah menyatakan bahawa Rasulullah itu adalah hamba, bagaimana mungkin fahaman Syiah mengatakan bahawa Zat Allah meresapi Saidina Ali?

Aku tanak bercerita mengenai Imam 12 yang mereka agungkan kerana itu adalah kepercayaan mereka. Aku nak bagitau yang Syiah ni berbahaya kerana mereka memuji pembunuh Saidina Umar. Siapa? Abu Lulu' Almajusi. Mereka tidak mengiktiraf Saidina Abu Bakar hanya kerana "Saidina Ali adalah wasiku". Ingatkah kita kepada sabda Rasulullah mengenai Saidina Abu Bakar.
Rasulullah bersabda: Sesungguhnya, orang paling berjasa kepadaku dalam persahabatan dan hartanya ialah Abu Bakar. Seandainya aku boleh mengangkat seorang kekasih selain Tuhan-ku, nescaya aku mengangkat Abu Bakar(sebagai kekasihku), akan tetapi yang ada hanyalah persaudaraan Islam dan kasih sayangnya.
Nampak tak gambaran yang diberikan oleh Rasulullah mengenai Saidina Abu Bakar.

Aku berharap mereka yang berfahaman SYIAH(yang ekstrem), kajilah semula kitab2 Sunan Sittah.

Aku akan cerita mengenai Syiah lagi pada post yang akan datang.

No comments:

Post a Comment