Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadan

Salam...

rasanya dah hampir setahun aku tidak pernah pos atau meletakkan sebarang artikel. Masih ingatkah lagi tentang Syiah 2 yang ingin aku pos kan? Semenjak kali terakhir aku pos, aku cube manyingkap, menghurai, mencari dan laian-lain apakah sebenarnya Syiah dan mengapa sesetengah pihak masih lagi menyokong negara Iran. Tapi kini sudah bulan Ramadan dan hampir genap setahun. Untuk isu berkaitan Syiah 2, aku akan pos tentang artikel itu selepas Syawal, Insyaalah!

 kali ini aku ingin berterima kasih kepada mereka yang telah menjenguk blog aku. Meskipun kadangkala mungkin ilmu yang ingin disampaikan tidak mampu menjawab persoalan mahupun melebihi ilmu daripada anda semua, apa-apapun terima kasih diucapkan kerana menjenguk dan melihat blog aku. aku tahu, xsampai berapa pun yang usya-usya, tapi apa-apapn terima kasihla ye.

selepas pilihanraya umum ke 13 ini, kita telah dikejutkan dengan berita-berita dari negara Syria. Adakala aku melihat, sebahagian daripada manusia tidak menghiraukan tentang keadaan umat Islam disana kerana mengatakan bahawa mereka jauh dan itu bukan dari negara kita. Adapun begitu, hendaklah kita ingat bahawa Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya, barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang saudaranya, maka dia bukanlah dari kalangan umatku. Maka hendaklah kita mengambil tahu dan memerhati keadaan di luar sana kerana kita tidak tahu adakah mungkin kita akan mendepani cabaran dan dugaan seperti itu. Bashar al-assad , pemerintah kuku besi telahpun meragut beribu-ribu nyawa ahli Sunni dan manggunakan ahli Syiah hingga merka mengatakan HALAL UNTUK MEMBUNUH SETIAP NYAWA ahli Sunni. Di Malaysia, Syiah sudah cukup berleluasa dan aku memerhatikan mereka tidak lain hanyalah mereka-reka mazhab dan akidah yang baru. Adapun kita ahli Sunni tidak harus berdiam diri lebih-lebih lagi bagi negara Syria. Berdoalah kita dari jauh semoga Allah memenangkan tentera-tentera yang berjihad di jalan-NYA. Jika kita ternampak dari kalangan ahli Syiah lebih-lebih lagi di Malaysia, maka hendaklah kita memberi nasihat semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Jika tidak mampu, laporkan kepada Jabatan Agama. Jika tidak mampu juga, berdebatlah dengan mereka. Yakinlah! Yakinlah! Yakinlah! Bahawa imam muktabar yakni imam mazhab adalah yang utama yang mengikut jalan Islam yang sebenar. Al-fatihah bagi tentera yang terkorban di Syria.

 Tidak ketinggalan juga negara mesir yang telah dijatuhkan baru-baru ini lebih-lebih lagi berita manenai mereka yang terkorban ketika sedamg solat Subuh. Lebih daripada 50 orang terbunuh ketika menunaikan solat subuh. Adakah Dr. Mursi sejahat yang disangka sehingga dijatuhkan? Adakah beliau seorang diktator? ternyata mereka yang ingin menegakkan cara Islam bukanlah mudah yang disangka. Allah memberi ujian kepada mereka. Apakan daya kerana penjara sudah menjadi tempat persinggahan para ulama dan al-hafiz. Kita sebagai rakyat di Malysia khususnya, hendaklah kita ketahui bahawa HARAM menjatuhkan pimpinan Islam lebih-lebih lagi seorang pemimpin seperti beliau yang lebih tahu mengenai selok-belok hukm al-Quran. Hendaklah kita menyokong Ikhwanul Muslimin supaya mendapat tempat mereka semula kerana mereka adalah dari kaum yang Insyaallah dijanjikan syurga. Janganlah kita melihat sahaja dari jauh. Berdoalah supaya mereka mendapat kemenangan di bumi mereka sendiri.

 Di bulan mulia dan penuh keberkatan ini. aku ingin memohon seribu keampunan kepada mereka yang mengenali aku. Dari hujung ke hujung. Aku inging menyeru kepada sesiapa yang tersinggah kejap dekat blog aku. TOLONGLAH! TOLONGLAH! Doakan keselamatan para mujahid yang menegakkan agama Islam dan doakan kemenangan mereka! Aku juga ingin meminta anda yang membaca, doakan daku dari jauh. Moga Allah ampunkan aku dan kamu!! Salam Ramadan dari aku. Aku mohon maaf dari jauh. Moga dimaafkan.



#penglipurlara sendawa

No comments:

Post a Comment